Tuesday, November 10, 2009

Pembakar semangat....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamagfiratuh Alaihi....

Lagu kehidupan adalah lagu yang telah menjadi tema hidupku sejak sekian lama..aku memilih lagu ini untuk membakar semangatku untuk terus hidup dengan mensyukuri segala nikmat pemberianNYA. Adakala aku dilanda pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Selepas pemergian orang yang aku sayang (ibuku), segala-galanya berubah dalam hidupku. Aku cuba menjadi yang terbaik walaupun aku bukan dikalangan yang terbaik.

Jika diperhatikan pada lirik lagu ini

"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita kan sabar atau sebaliknya"

memberi maksud bahawa Allah tidak akan henti menguji hambanya, selagi hambanya beriman. Apalah hidup ini jika tidak diuji dan apalah salahnya jika kita bersabar dengan segala ujianNYA, kerana kadang kala ujian dari NYA adalah segelintir cuma sedangkan nikmat yang kita kecapi adalah terlalu banyak.

Lalu di ungkapkan lagi dengan lirik ini

"Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"

telah memberi aku semangat bahawa hidup ini tiada gunanya jika kita berduka. Berduka sementara boleh tapi janganlah berpanjangan sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain lantas menzalimi diri sendiri.

Bangkitlah !! walau apa pun kesedihan menimpa dirimu, harungilah dengan penuh sabar dan tenang. Tenang melalui segala dugaan hingga berjaya.

Dan ingatlah bahawa Allah tidak memandang kejayaan yang kamu miliki, tetapi Allah melihat jalan yang kamu lalui untuk memperoleh kejayaan, adakah dengan penuh kesabaran? adakah jalan yang betul atau sebaliknya...

Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.Sekian

Salam Al-Falah

No comments:

Post a Comment