Friday, December 25, 2009

Khutbah Jumaat..


Assalamualaikum...

Sedikit pedoman untuk orang-orang yang berfikir...

Daripada petikan isi khutbah jumaat hari ini,

1. Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu tidak kira mereka itu islam atau tidak.

2. Allah mengasihi setiap manusia dimuka bumi ini tidak kira agama.

3. Allah maha pengampun, Dia maha pemberi maaf kepada hambanya walaupun hambanya melakukkan kesilapan yang berulang kali.

4. Namun diantara dosa dan keampunan, apakah kita pasti, kematian kita hadir selepas diampunkan atau sebelum diampunkan atau semasa melakukan dosa?....Hanya Allah maha tahu.

Sekian

Salam Al-Falah

Tuesday, December 8, 2009

Cakap, sembang, berbual......


Assalamualaikum...

1. Zaman sekarang ni aku dah tak berapa setuju dengan bidalan "Mulut je jahat tapi hati baik". Cuba kita fikir ek, sedangkan orang yang manis mulutnya pon hati jahat, inikan pula orang yang pahit mulutnya. Kita suka dengar orang-orang yang cakap lembut, berbudi bahasa. Pastu kita tak suka orang cakap tak sopan pada kita, mesti sakit hati kan. Jadi boleh ke kita setuju kalau "mulut jahat, hatinya baik"?. Eh fikir la sendiri.

2. Aku lebih setuju dengan bidalan "Kerana mulut badan binasa". Mana taknyer, kalau dah mulut tu celupar, orang yang mendengar pon sakit hati. Betul tak? bila dah sakit hati, mula la nak sakitkan hati orang lain. Last2 hati merana, merajuk. Pasal benda remeh pon nak merajuk.

3. Dulu hati besar sekarang jadi kecik. Asal tego sket nak merajuk, tego sket nak terasa, tego sket nak balas2, tego sket nak eeeee..geramnyer. Ish... tula..cuba bawa bersabar sket. Kalau bersabar, keadaan yang tegang pon boleh jadi tenang balik. Beri la masa sket pada keadaan, supaya jadi lapang semula. Kemudian baru la bertindak dengan waras.

4. Lagi, bidalan "Lebih banyak bercakap, lebih banyak kesilapan". Ni pon aku setuju. Yelah kalau kita cakap sikit pon dah ada silap, ini kan pula nak cakap banyak. Ingatkan cakap banyak ni bole la nak goreng-goreng. Rupanye ayat dok pusing balik macam "recycle". Dah tu banyak pulak silapnya.

5. Pastu ada pulak cakap yang "straight to the point". Katanya tak suka ayat bunga-bunga ni. Kalau nak, just bagi tau jer tujuan sebenar. Cara ni aku rasa kurang sesuai nak guna.

6. Bagi aku la, sebelum kita nyatakan sesuatu perkara, mestila mukadimah dulu. Gunala ayat penyedap hati.

7. Contohnye nak bagi tau masalah kat bos. Bos ni dah tentu la tak suka dengar masalah. Patutnya kita bagitau berita yang boleh buat dia happy, kemudian bila dia dah happy, barula citer sket masalah kat dia. Tu pon jgn citer semua dulu. Just citer sket2. Tengok respon dia. Kalau ok, baru la teruskan.

8. Kesimpulan, kalau takde benda penting nak cakap, baik senyap jer. Itu kan lebih baik. Betul tak?

Wassalam Al-Falah

Monday, December 7, 2009

Maruah manusia sebenar....

Assalamualaikum semua...



Kali ni aku taknak sembang banyak...

Cuma nak bagitahu saja..

Sebenarnya, MARUAH seorang manusia adalah KESABARAN.

Tu jer..

Salam Al-Falah :)


*p/s akan dikupas pada topik akan datang..hehe

Friday, December 4, 2009

Puisi Petang 28 Feb 2009

Kembalilah Palestin

Cahayamu tiada tara,
Sejahteranya bumi ketika dirimu berkuasa,
Panji-panji Islam penuh bertakhta,
Serata buana tiada sengketa,

Dari tebing barat engkau dijajah,
Penuh kerah tentera durjana,
Masjidil Aqsa Zionis bertakhta,
Darah yang lemah menjadi mangsa.

Sana sini suara ditatap,
Penuh dengan teriak tangisan,

Aku rindu kebangkitan,
Pabila sedar bersandar fikiran,
Aku rindu kebebasan,
Pabila selar peluru hentaman,
Aku rindu cahaya sinaran,
Pabila kukuh Islam cengkaman.


Nukilan Ikhlas : Yusaidi 28 Feb 2009
Bahasa Mengalun Turun Temurun
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Tuesday, December 1, 2009

4 Jenis binatang tak boleh korban



Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya:
“Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus).” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.