Wednesday, July 28, 2010

Kemenangan dan kekalahan....


Assalamualaikum...salam Al-Falah


Berjalan-jalan diwaktu malam amatlah indah.Kesunyian, kesejukan dengan udara yang nyaman membuatkan diri manusia itu tenang lantas sentiasa memikirkan kekuasaan Allah. Satu malam, perjalananku singgah di rumah lama pakcikku. Pakcik yang aku panggil pokteh. Kebetulan dia ada dirumah. Kami bersembang panjang. Bersembang tentang ilmu agama kerana aku gemar menanyakan soalan yang pelik2 pada poktehku kerana pengetahuannya dalam ilmu agama agak luas berbanding aku.Ada satu cerita yang aku nk kongsi disini.Cerita yang di ceritakan oleh poktehku tentang seorang wali yang sangat hebat ilmunya ketuhanannya.

1.Satu hari wali ini sedang berzikir. Zikirnya panjang sehingga dirinya dapat melihat satu peperangan besar sedang berlaku ditengah lautan.
2.Peperangan itu diantara orang kafir dan orang Islam. Kelihatan dua buah kapal saling berbalas serangan. Perang yang sangat sengit. Banyak nyawa orang Islam terkorban sehingga membuatkan wali ini khuatir akan kekalahan orang Islam.
3.Dengan ilmu dan darjat yang dikuriakan Allah kepada wali ini, maka wali ini mengambil butiran tasbihnya. Lalu dibaling kearah kapal orang kafir.
4.Dengan tak semena2 kapal orang kafir itu karam maka telah memberi kemenangan kepada orang Islam.
5.Selepas itu barulah wali itu merasa lega kerana orang Islam telah menang. Tiba-tiba....
6.Tiba2 datang seorang malaikat kepada wali tersebut. Lalu dengan kerasnya malaikat itu bertanyakan hal perbuatan wali tersebut. Wali itu pun memberitahu yang dia ingin membantu orang Islam.
7.Tetapi dengan kerasnya malaikat itu menjelaskan bahawa tindakan wali itu adalah salah kerana bukankah kekalahan dan kemenangan itu urusan Allah dan wali itu tak berhak mencampurinya sungguh pun dia diberi darjat untuk melihat peperangan itu.
8.Wali itu sangat terkejut dan hairan. Kemudian malaikat itu menjelaskan bahawa kemenangan dan kekalahan itu atas usaha manusia itu sendiri. Jika mereka kalah maka Allah berkehendakkan mereka berfikir akan kekalahannya lantas mencari kelemahannya, tetapi jika mereka menang maka bersyukurlah dan terus berfikir tentang kemenangan itu.
9.Lalu wali itu faham dan menyesal akan perbuatannya. Oleh kerana itu maka Allah mengangkat dan mengambil semula darjat yang dikurniakan pada wali tersebut.

Cerita ini amat menarik bagiku kerana ia mengajar bahawa hidup manusia ini adalah ketentuan yang sudah dirancang dan ditentukan Allah. Allah boleh menentukan segalanya hatta jika Allah ingin membantu orang Islam yang berperang tadi maka bila-bila masa sahaja Allah akan membantu. Akan tetapi dibiarkan sahaja peperangan itu supaya manusia yang lemah ini berusaha dan berfikir tentang kelemahan diri mereka.
Hari sudah larut malam dengan kedinginan malam semakin mencengkam isi tubuhku. Aku dan poktehku masih bersembang sehingga tak sedar malam makin menghampiri pagi. Terasa masa itu sangat singkat. Ia berlalu pantas. Sangat pantas. Benarlah masa itu sangat jujur dengan perintah Allah. Masa tak pernah terlewat atau tercepat. Semuanya aturan hebar Penciptanya dan aturan Allah itu adalah perancangan yang paling baik dan sempurna. Hanya diriku masih tercari2 rentak hidup yang semakin mencabar dengan dunia. Hanya iman dan amal menjadi arah haluan. Wallahualam

Sekian Wassalam..

Salam Al-Falah