Saturday, March 26, 2011

Allah itu sangat hampir..


Salam Al Falah

Dekat atau jauhnya Allah itu juga bergantung kepada keadaan kita. Nafsu buruk yang menjauhkan kita dari Allah..

Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka.

Seorang murid bertanya kepada guru tarikatnya “Bagaimana hendak mendekatkan diri kepada Allah .Kata guru tarikat itu yang juga seorang wali qutub ” Allah itu cuma 2 langkah dari kamu. Langkah pertama, pijak nafsu (letak nafsu dibawah tapak kaki), langkah kedua ialah Allah.

Tekanlah nafsu dengan zikir dan ibadahmu..

Wassalam..

Saturday, March 19, 2011

Belajar Islam..

Assalamualaikum...

Satu pesanan yang ingin ku katakan disini bahawa jika kita ingin belajar tentang ilmu islam...cari la guru yang faham dan melaksanakannya..carilah guru yang tidak akan bercerita tentang hal orang lain sebaliknya hanya mengajar cara nak mentauhidkan Allah...

Tak perlu kita beri contoh teladan tentang keburukan orang lain kerana suatu keburukan itu akan luput jika tauhid kita pada Allah semakin menebal..

Salam Al-Falah

Monday, February 7, 2011

Tuhanku..

Allah Maha Besar