Friday, December 25, 2009

Khutbah Jumaat..


Assalamualaikum...

Sedikit pedoman untuk orang-orang yang berfikir...

Daripada petikan isi khutbah jumaat hari ini,

1. Allah akan mengangkat darjat orang yang berilmu tidak kira mereka itu islam atau tidak.

2. Allah mengasihi setiap manusia dimuka bumi ini tidak kira agama.

3. Allah maha pengampun, Dia maha pemberi maaf kepada hambanya walaupun hambanya melakukkan kesilapan yang berulang kali.

4. Namun diantara dosa dan keampunan, apakah kita pasti, kematian kita hadir selepas diampunkan atau sebelum diampunkan atau semasa melakukan dosa?....Hanya Allah maha tahu.

Sekian

Salam Al-Falah

Tuesday, December 8, 2009

Cakap, sembang, berbual......


Assalamualaikum...

1. Zaman sekarang ni aku dah tak berapa setuju dengan bidalan "Mulut je jahat tapi hati baik". Cuba kita fikir ek, sedangkan orang yang manis mulutnya pon hati jahat, inikan pula orang yang pahit mulutnya. Kita suka dengar orang-orang yang cakap lembut, berbudi bahasa. Pastu kita tak suka orang cakap tak sopan pada kita, mesti sakit hati kan. Jadi boleh ke kita setuju kalau "mulut jahat, hatinya baik"?. Eh fikir la sendiri.

2. Aku lebih setuju dengan bidalan "Kerana mulut badan binasa". Mana taknyer, kalau dah mulut tu celupar, orang yang mendengar pon sakit hati. Betul tak? bila dah sakit hati, mula la nak sakitkan hati orang lain. Last2 hati merana, merajuk. Pasal benda remeh pon nak merajuk.

3. Dulu hati besar sekarang jadi kecik. Asal tego sket nak merajuk, tego sket nak terasa, tego sket nak balas2, tego sket nak eeeee..geramnyer. Ish... tula..cuba bawa bersabar sket. Kalau bersabar, keadaan yang tegang pon boleh jadi tenang balik. Beri la masa sket pada keadaan, supaya jadi lapang semula. Kemudian baru la bertindak dengan waras.

4. Lagi, bidalan "Lebih banyak bercakap, lebih banyak kesilapan". Ni pon aku setuju. Yelah kalau kita cakap sikit pon dah ada silap, ini kan pula nak cakap banyak. Ingatkan cakap banyak ni bole la nak goreng-goreng. Rupanye ayat dok pusing balik macam "recycle". Dah tu banyak pulak silapnya.

5. Pastu ada pulak cakap yang "straight to the point". Katanya tak suka ayat bunga-bunga ni. Kalau nak, just bagi tau jer tujuan sebenar. Cara ni aku rasa kurang sesuai nak guna.

6. Bagi aku la, sebelum kita nyatakan sesuatu perkara, mestila mukadimah dulu. Gunala ayat penyedap hati.

7. Contohnye nak bagi tau masalah kat bos. Bos ni dah tentu la tak suka dengar masalah. Patutnya kita bagitau berita yang boleh buat dia happy, kemudian bila dia dah happy, barula citer sket masalah kat dia. Tu pon jgn citer semua dulu. Just citer sket2. Tengok respon dia. Kalau ok, baru la teruskan.

8. Kesimpulan, kalau takde benda penting nak cakap, baik senyap jer. Itu kan lebih baik. Betul tak?

Wassalam Al-Falah

Monday, December 7, 2009

Maruah manusia sebenar....

Assalamualaikum semua...



Kali ni aku taknak sembang banyak...

Cuma nak bagitahu saja..

Sebenarnya, MARUAH seorang manusia adalah KESABARAN.

Tu jer..

Salam Al-Falah :)


*p/s akan dikupas pada topik akan datang..hehe

Friday, December 4, 2009

Puisi Petang 28 Feb 2009

Kembalilah Palestin

Cahayamu tiada tara,
Sejahteranya bumi ketika dirimu berkuasa,
Panji-panji Islam penuh bertakhta,
Serata buana tiada sengketa,

Dari tebing barat engkau dijajah,
Penuh kerah tentera durjana,
Masjidil Aqsa Zionis bertakhta,
Darah yang lemah menjadi mangsa.

Sana sini suara ditatap,
Penuh dengan teriak tangisan,

Aku rindu kebangkitan,
Pabila sedar bersandar fikiran,
Aku rindu kebebasan,
Pabila selar peluru hentaman,
Aku rindu cahaya sinaran,
Pabila kukuh Islam cengkaman.


Nukilan Ikhlas : Yusaidi 28 Feb 2009
Bahasa Mengalun Turun Temurun
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

Tuesday, December 1, 2009

4 Jenis binatang tak boleh korban



Sabda Rasulullah s.a.w:

أَرْبَعٌ لاَ تَجُوزُ فِي الأََضَاحِيِّ فَقَالَ الْعَوْرَاءُ بَيِّنٌ عَوَرُهَا وَالْمَرِيضَةُ بَيِّنٌ مَرَضُهَا وَالْعَرْجَاءُ بَيِّنٌ ظَلْعُهَا وَالْكَسِيرُ الَّتِي لاَ تَنْقَى

Maksudnya:
“Empat jenis binatang yang tidak dibolehkan dalam ibadah korban: Buta sebelah matanya yang jelas butanya, sakit yang jelas sakitnya, tempang yang jelas bengkoknya, tidak berdaya berjalan dan yang tidak mempunyai lemak (kurus).” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Dawud, 2420.

Sunday, November 15, 2009

Bersangka baik...

Assalamualaikum...

Kali ni aku nak sembang sket pasal prasangka manusia zaman sekarang. Ada yang baik dan ada yang buruk. Perkara ini banyak berhubung kait dengan kehidupan kita seharian yang telah aku kutip dan perhati dalam setiap pergaulanku. Ada 2 situasi yang aku nk nyatakan disini

Situasi 1

Kalau ada perempuan yang tak pakai tudung ,tak tutup aurat,
kita sangkakan mereka tak beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

Kalau ada orang yang masuk disko,
kita sangkakan mereka tak beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

kalau ada orang yang mabuk minum arak,
kita sangkakan mereka tak beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

kalau ada orang yang berzina dan bermaksiat,
kita sangkakan mereka tak beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

dan kalau pun orang itu kafir,
sudah pasti mereka tak beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?
hanya Allah yang maha mengetahui.




Situasi 2

Kalau orang itu pergi ke masjid,
kita sangkakan mereka beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

Kalau orang itu rajin solat,
kita sangkakan mereka beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

Kalau orang itu rajin baca Al-quran,
kita sangkakan mereka beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

Kalau orang itu suka beramal baik,
kita sangkakan mereka beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?

dan kalau pun orang itu islam,
kita sangkakan mereka beriman,
tapi adakah itu kesudahan hidupnya?



Daripada kedua-dua situasi ini, kita selalu melihat manusia menilai manusia lain. Kemudian menghukum orang yang seperti di atas dengan hukuman yang kita tak pasti kesahihannya. Adapun kesalahan yang mereka lakukan,kita tidak sepatutnya menyangka mereka jahil dalam agama atau tidak beriman kepada Allah. Iman yang ada pada mereka, hanya Allah sahaja yang mengetahui dan hanya Allah sahaja yang maha menilai. Ketahuilah bahawa kesudahan hidup manusia hanya Allah yang tahu samaada mereka mati dalam keadaan iman atau tidak.

Tak mustahil Allah mematikan manusia yang baik dalam keadaan kufur, dan tak mustahil Allah akan mematikan manusia yang kufur dalam keadaan beriman. Maka layakkah kita menilai dengan prasangka sedemikian?..Bersangka baiklah kerana semuanya atas kehendak dan ketentuan Allah.Semuanya telah ditakdirkan Allah, tetapi takdir boleh diubah dengan doa dan usaha.

Maka usahalah dan pohonlah pada Allah dalam keadaan merayu kepadaNYA supaya kita semua berakhir dalam keadaan beriman. Usahalah kearah kebaikan dalam keadaan kita masih diberi kesempatan.

InsyaAllah..amin

Salam AL_FALAH

Tuesday, November 10, 2009

Pembakar semangat....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wamagfiratuh Alaihi....

Lagu kehidupan adalah lagu yang telah menjadi tema hidupku sejak sekian lama..aku memilih lagu ini untuk membakar semangatku untuk terus hidup dengan mensyukuri segala nikmat pemberianNYA. Adakala aku dilanda pelbagai dugaan dan cabaran hidup. Selepas pemergian orang yang aku sayang (ibuku), segala-galanya berubah dalam hidupku. Aku cuba menjadi yang terbaik walaupun aku bukan dikalangan yang terbaik.

Jika diperhatikan pada lirik lagu ini

"Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita kan sabar atau sebaliknya"

memberi maksud bahawa Allah tidak akan henti menguji hambanya, selagi hambanya beriman. Apalah hidup ini jika tidak diuji dan apalah salahnya jika kita bersabar dengan segala ujianNYA, kerana kadang kala ujian dari NYA adalah segelintir cuma sedangkan nikmat yang kita kecapi adalah terlalu banyak.

Lalu di ungkapkan lagi dengan lirik ini

"Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali"

telah memberi aku semangat bahawa hidup ini tiada gunanya jika kita berduka. Berduka sementara boleh tapi janganlah berpanjangan sehingga menyusahkan diri sendiri dan orang lain lantas menzalimi diri sendiri.

Bangkitlah !! walau apa pun kesedihan menimpa dirimu, harungilah dengan penuh sabar dan tenang. Tenang melalui segala dugaan hingga berjaya.

Dan ingatlah bahawa Allah tidak memandang kejayaan yang kamu miliki, tetapi Allah melihat jalan yang kamu lalui untuk memperoleh kejayaan, adakah dengan penuh kesabaran? adakah jalan yang betul atau sebaliknya...

Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertaqwa.Sekian

Salam Al-Falah

Kehidupan......

Kehidupan (duet bersama Nazrey Raihan)
by Inteam

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Penulis Bergambar di Masjid Selat Melaka

Friday, November 6, 2009

Wadah awal Al-falah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah...buat julung2 kalinya aku menjejakkan 'mouse' pc aku ni ke blogspot ini untuk membina satu lagi blog selepas blog sedia ada di laman friendster.

Al-falah sudah pasti akan memberi satu ruang untuk aku bersantai sambil melemparkan pendapat-pendapat sama ada dari pendapatku atau perkongsian pendapat orang lain.

Apapun, aku harap Al-falah pasti memberi satu aspirasi buat aku dan sesiapa sahaja yang melayari blog ini. Silalah memberi komen atau idea yang mampu memberi perkongsian yang bermakna.

Salam Al-falah :)