Thursday, January 21, 2010

Buah kesabaran

Buah kesabaran dalam mempertahankan aqidah dan menghadapi Ujian dari Allah Swt.


1.Pertolongan Allah itu sangat dekat bagi orang-orang yang sabar
2.Allah akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar, sehingga, jangan sekali-kali kita membatasi kesabaran kita, kerana ia bererti kita membatasi keberadaan Allah bersama kita.
3.Allah tidak melihat fizikal yang rupawan atau cantik jelita, tapi yang dilihat adalah kecantikan hatinya, yang teguh dan sabar.
4.Rintangan yang datang, adalah sebagai ujian dari Allah untuk menaikkan darjat seseorang.
5.Ketika kita belum memperoleh suatu ujian dari Allah, maka kita perlulah berusaha mempertebalkan keyakinan kita kepada-Nya, agar kelak ketika ujian itu datang, kita sudah bersedia dengan keimanan yang teguh kepada-Nya.
6.Semakin kuat keimanan seseorang, maka akan semakin hebat ujian yang diterima.
7.Ujian yang diberikan oleh Allah, bukan semata-mata Allah membenci kita, tetapi kerana Allah ingin meninggikan darjat kita.
8.Ujian sebenarnya bukan sebuah masalah atau sebuah bencana, dan kita harus mensyukurinya.
9.Kekayaan, pangkat dan kuasa, mungkin boleh jadi sesuatu yang bukan nikmat, tapi sebuah Ujian dari Allah Swt.
10.Renungkanlah..apa yang kita hendak cari dalam kehidupan.

Salam Al-Falah